mhazim blog

Succes Begin From Zero

Selamat datang ke mhazim blog dimana terdapatnya informasi mengenai kesenian, kehidupan dan juga pelbagai isu semasa dari segala perspektif
Aug 9, 2008

Jenaka Santai :O

Lawak 1
Majikan : kamu di pecat!
Pekerja : tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat..

Lawak 2
Seorang penumpang kapal terbang bertanya kepada seorang wanita tua disebelahnya.
Penumpang : makcik tahu tak nama lapangan terbang yang kita lepasi tadi?
Makcik : tidak.makcik tak tau.kenapa?
Penumpang : sebab anak makcik turun di situ tadi dan tidak naik semula.

Lawak 3
Guru : louie, jika saya beri awak dua ekor arnab hari ini , dan dua ekor lagi pagi esok berapa ekor arnab yang kamu ada di rumah?
Louie : tujuh
Guru : apa maksud kamu "tujuh"?
Louie : yalah, saya sudah ada tiga ekor arnab di rumah.

Lawak 4
Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.
Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

Lawak 5
Anak ular : ibu, kita nie beracun tak?
Ibu ular : tidak. mengapa tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya!

Lawak 6
Murugan yang menang hadiah cabutan nombor bertuah, telah dibawa oleh pihak penganjur ke Sepanyol, Murugan dibawa menyaksikan pertandingan berlawan dengan lembu, iaitu aksi matador membunuh lembu garang dengan menggunakan kain merah dan pedang tajam. Selepas menyaksikan pertandingan itu, Murugan dibawa menikmati makan malam di sebuah restoran. Hidangannya ialah kentang, jagung serta dua ketul daging sebesar lengan.

"Apa ni?", tanya Murugan sambil memandang ke arah daging tersebut.
"Cojones, tuan," jawab pelayan restoran.
"Cojones? Apa tu?"
" Telur lembu yang dibunuh oleh matador, petang tadi."

Mula-mula Murugan tidak mahu makan, tetapi disebabkan pelayan itu mengatakan cojones adalah makanan istimewa Sepanyol dan rasanya lazat, Murugan pun memakannya. Hmm, memang sedap. Murugan makan sampai habis.

Esoknya, selepas menyaksikan pertandingan pertandingan lawan lembu, Murugan pergi lagi ke restoran tersebut. Menu pilihannya, cojones! Tapi kali ini Murugan terkejut sebab cojones yang dibawa oleh pelayan tersebut kecil sahaja.

" Betul ke ni cojones? tanya Murugan.
"Betul, tuan," jawab pelayan.
" Habis tu, kenapa kecil sangat?"
Pelayan itu mendekati Murugan dan berbisik,
"Tuan... kan hari ini, matador pulak yang kalah..."

--sources,wangcyber forum & mastika Ogos--

0 comments: