mhazim blog

Succes Begin From Zero

Selamat datang ke mhazim blog dimana terdapatnya informasi mengenai kesenian, kehidupan dan juga pelbagai isu semasa dari segala perspektif

Berfikir Adalah Langkah Pertama yang Baik

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampir boleh melakukan,'
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.

Jika kau fikirkan kemenangan,
Kau hampiri kejayaan,
Jika kau fikirkan kekalahan,
Kau hampiri kegagalan.

Engkaulah apa yang kau fikirkan,
Terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,
Engkau Boleh!

Cuba anda amati lirik lagu ini, apa yang terkandung di dalamnya?
Ya, sebenarnya kita akan menghampiri kejayaan apabila kita membayangkan kita orang yang berjaya. Imaginasi kejayaan adalah penting sebagai langkah pertama menuju kejayaan kerana setiap kali kita berfikir sebagai seorang juara, kita sebenarnya sudah pun hampir menjadi juara.

Begitu juga dalam pengurusan kerja seharian, kita mesti bekerja seperti seorang juara. Ada yang musykil bagaimana nak kerja peperti juara? Caranya mudah saje iaitu dengan berfikir seperti seorang juara. Bayangkan anda seorang juara setiap kali membentangkan setiap tugasan, bayangkan anda seorang juara ketika mengagihkan tugasan kepada orang lain dan bayangkan juga anda sebagai seorang juara ketika berunding dengan pelanggan dan rakan kongsi.

William James, profesor psikologi di Universiti Harvard pernah berkata, "Kepercayaan sentiasa menghasilkan fakta yang sebenar. Dalam mana-mana projek, faktor yang penting adalah kepercayaan anda. Tanpanya, anda tidak akan menghasilkan kejayaan. Ini adalah prinsip asas".

--sedutan dari buku 55 petua orang berjaya--

APA ITU FOREX???

Forex mengambil nama singkatan dari perkataan Foreign Exchange merupakan salah satu bentuk sumber wang yang popular dikalangan pelabur mahupun usahawan internet. Ia membolehkan kita memperdagangkan matawang asing dengan mudah .
Jika sebelum ini hanya bank-bank besar dan orang yang kaya didunia sahaja mampu menjalankan urusniaga forex trading, tetapi kini sesiapa sahaja yang mempunyai internet dan PC dirumah mampu untuk menceburkan diri dalam Forex (secara internet online trading).
Akibat dari saingan broker forex di internet, kini dengan bermodalkan usd1 sahaja pun anda sudah mampu memulakan dagangan forex. Malah sudah ada platform broker internet forex yang menawarkan modal pendahuluan apabila anda menyertai program mereka.Market bagi Forex Trading pada masa kini mencecah nilai 1.4Trillion USD sehari.Ianya 46 kali lebih besar daripada gabungan semua market pada masa depan. Ini membuktikan Forex trading adalah pasaran dagangan yang paling besar asetnya di dunia pada masa kini.Kini sudah ada program-program yang menawarkan sistem kawalan dagangan Forex yang baik dan terancang.

Gabungan program yang baik, 'skill' dan pengalaman seseorang pedagang Forex dalam menganalisa market secara fundamental ataupun secara teknikal, dengan mudah mereka dapat mengaut keuntungan yang banyak disamping dapat meminimakan risiko kerugian.Walaubagaimanapun anda perlu mempelajari dan mempunyai sedikit pengetahuan tentangnya. Buat permulaan daftarlah secara percuma dan cubalah secara virtual. Jika anda yakin boleh membuat keuntungan, laksanakan dengan live trading.

PS: FOREX adalah sangat berisiko bagi yang tidak tahu selok beloknya dengan mendalam.
Malahan kebanyakan daripada pelabur yang baru kehilangan sebahagian besar modal
mereka kerana kurangnya pengetahuan. Jadi berhati-hatilah yerkk:)

Hye hye hye..
Selamat datang ke blog mhazim
Saya dalam proses bagi mewujudkan blog baru ini bagi berkongsi apa sahaja maklumat
yang berguna dari pelbagai sudut termasuklah ekonomi, isu semasa, sukan juga seni kerana
saya sendiri sedang menuntut dalam jurusan senireka di UiTM....
Saya juga masih newbie dalam dunia internet ini dan berminat untuk mengetahui
tentang dunia IM. Harap dapat berkongsi nanti yerkk:)


Selamat mangikuti perkembangan blog ini dari semasa ke semasa kelak..

Hehe..maklumlah blog masih dalam pembikinan..hehe...
Wasalam..