mhazim blog

Succes Begin From Zero

Selamat datang ke mhazim blog dimana terdapatnya informasi mengenai kesenian, kehidupan dan juga pelbagai isu semasa dari segala perspektif

Bertemu lagi kita pada post kali ini. Di waktu pagi nak menjelang subuh ni saya masih lagi duduk menghadap laptop melakukan kerja-kerja surfing untuk menambahkan ilmu dan mencari info terkini yang mungkin berguna. Sambil- sambil tu sempat jugalah saya menjenguk berita terkini pasal sukan, khususnya pencapaian atlet kita di Beijing sempena dengan sukan olimpik yang rancak berlangsung sekarang ni. Hmm, agak malang apabila saya terbaca satu headline yang tertulis ayat 'rebah di Beijing', bila baca je 'headline' ni dah agak dah mesti ada berita tak baik la tu, maklumlah ayat tu pun dah nampak kenegetifannya. Sebenarnya 'headline' tersebut mengenai skuad badminton Malaysia yang telah tewas pada peringkat suku akhir dalam acara beregu lelaki kepada Indonesia.

Harapan tinggi yang diletakkan gagal dicapai, mungkin mereka ada alasan tersendiri. Jadi kini yang tinggal harapan hanyalah pada perseorangan utama negara iaitu Lee Chong Wei yang bakal turun menentang Soni Dwi Kuncoro untuk merebut tempat ke separuh akhir. Jika menang mungkin ada sinar pingat yang kita akan dapat, paling tidak pun gangsa, tapi andai tewas?. Saya terfikir juga apakah acara lain yang mempunyai peluang terbaik untuk atlet negara mencari pingat selain badminton, kerana badminton antara acara target untuk Malaysia meraih pingat. Hmm..sama-samalah kita nantikan, dan terus memberi sokongan kepada atlet Malaysia di Beijing..MALAYSIA BOLEHH!!!



Apa yang lainnya UiTM Melaka & S.Alam


Hampir sebulan lebih saya di S.alam, atau lebih tepat lagi UiTM S.alam. Jadi dengan rasminya dekat sebulan lebih jugaklah saya telah meninggalkan UiTM Melaka. Sebenarnya xdelah banyak sangat bezanya. Cuma apa yang saya dapat lihat beza paling ketara adalah keluasannya..huhu.Sudah tentu UiTM S.alam lebih besar dari Melaka, induk la katakan.Lagi satu hal, kalau kat s.alam nih nak pegi klas tu leceh sikit la sebab jauh kan, lagi2 yang duduk luar tu. Kalau xde transport sendiri, motor ke kereta ke-jawabnya menapakla tunggu Rapid KL takde pun bas itm ker.:P.Kat s.alam ni gak student akan lebih 'independent' la. Termasuklah independent dari segi assignment 'or' kehidupan. Banyak info dan benda kena cari sendiri, kalau asyik duk lepak goyang kaki jer alamat memang tertinggal la korang..Haa..satu menda lagi, bagi korang yang tengah single dan kesepian tu serta masih mencari cinta gitu, jangan risau sebab kat s.alam ni ramai calon2 yang menanti korang. Jadi cari jelah mana yang terbaik dan sesuai. Mungkin ini juga akan menjadi pendorong kepada 'student2' yang masih dalam dilema nak 'further' study kat universiti tu atau adik2 di sekolah yang masih ragu2 nak masuk 'U' ke tak nak lepas blaja tu. Tapi jangan pulak dah masuk 'U' nanti sibuk mengayat je pulak. Ahaa..Stady hancuss. Dont play2 haaaa...


--nantikan info2 terbaru pasal budak U pada post akan datang--
http://www.uitm.edu.my/-- benteng terakhir orang Melayu--