mhazim blog

Succes Begin From Zero

Selamat datang ke mhazim blog dimana terdapatnya informasi mengenai kesenian, kehidupan dan juga pelbagai isu semasa dari segala perspektif

Bertemu lagi kita pada post kali ini. Di waktu pagi nak menjelang subuh ni saya masih lagi duduk menghadap laptop melakukan kerja-kerja surfing untuk menambahkan ilmu dan mencari info terkini yang mungkin berguna. Sambil- sambil tu sempat jugalah saya menjenguk berita terkini pasal sukan, khususnya pencapaian atlet kita di Beijing sempena dengan sukan olimpik yang rancak berlangsung sekarang ni. Hmm, agak malang apabila saya terbaca satu headline yang tertulis ayat 'rebah di Beijing', bila baca je 'headline' ni dah agak dah mesti ada berita tak baik la tu, maklumlah ayat tu pun dah nampak kenegetifannya. Sebenarnya 'headline' tersebut mengenai skuad badminton Malaysia yang telah tewas pada peringkat suku akhir dalam acara beregu lelaki kepada Indonesia.

Harapan tinggi yang diletakkan gagal dicapai, mungkin mereka ada alasan tersendiri. Jadi kini yang tinggal harapan hanyalah pada perseorangan utama negara iaitu Lee Chong Wei yang bakal turun menentang Soni Dwi Kuncoro untuk merebut tempat ke separuh akhir. Jika menang mungkin ada sinar pingat yang kita akan dapat, paling tidak pun gangsa, tapi andai tewas?. Saya terfikir juga apakah acara lain yang mempunyai peluang terbaik untuk atlet negara mencari pingat selain badminton, kerana badminton antara acara target untuk Malaysia meraih pingat. Hmm..sama-samalah kita nantikan, dan terus memberi sokongan kepada atlet Malaysia di Beijing..MALAYSIA BOLEHH!!!

1 comments:

FaFaFa said...

saya dah support dah LEE. :)