mhazim blog

Succes Begin From Zero

Selamat datang ke mhazim blog dimana terdapatnya informasi mengenai kesenian, kehidupan dan juga pelbagai isu semasa dari segala perspektif

Berfikir Adalah Langkah Pertama yang Baik

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampir boleh melakukan,'
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.

Jika kau fikirkan kemenangan,
Kau hampiri kejayaan,
Jika kau fikirkan kekalahan,
Kau hampiri kegagalan.

Engkaulah apa yang kau fikirkan,
Terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,
Engkau Boleh!

Cuba anda amati lirik lagu ini, apa yang terkandung di dalamnya?
Ya, sebenarnya kita akan menghampiri kejayaan apabila kita membayangkan kita orang yang berjaya. Imaginasi kejayaan adalah penting sebagai langkah pertama menuju kejayaan kerana setiap kali kita berfikir sebagai seorang juara, kita sebenarnya sudah pun hampir menjadi juara.

Begitu juga dalam pengurusan kerja seharian, kita mesti bekerja seperti seorang juara. Ada yang musykil bagaimana nak kerja peperti juara? Caranya mudah saje iaitu dengan berfikir seperti seorang juara. Bayangkan anda seorang juara setiap kali membentangkan setiap tugasan, bayangkan anda seorang juara ketika mengagihkan tugasan kepada orang lain dan bayangkan juga anda sebagai seorang juara ketika berunding dengan pelanggan dan rakan kongsi.

William James, profesor psikologi di Universiti Harvard pernah berkata, "Kepercayaan sentiasa menghasilkan fakta yang sebenar. Dalam mana-mana projek, faktor yang penting adalah kepercayaan anda. Tanpanya, anda tidak akan menghasilkan kejayaan. Ini adalah prinsip asas".

--sedutan dari buku 55 petua orang berjaya--

0 comments: